KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee menyelar tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang mencadangkan untuk memaparkan nama ahli Parlimen yang ‘ponteng’ sidang Parlimen di laman web Dewan Rakyat.
Beliau yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, cadangan tersebut merupakan satu tindakan yang memalukan dan tidak munasabah kerana akan menyebabkan imej dan reputasi ahli Parlimen buruk pada mata rakyat.
Menurutnya, kegagalan wakil rakyat termasuk menteri dan timbalan untuk tidak hadir ke persidangan Dewan Rakyat bukan disengajakan sebaliknya disebabkan tuntutan tugasan lain.
“Hangat sekarang ini isu ahli Parlimen ponteng Parlimen. Lebih hangat apabila Speaker sendiri mengeluarkan kenyataan di luar dari dewan (Dewan Rakyat) bahawa Speaker akan melihat untuk memuktamadkan cadangan kepada ahli Parlimen.
“Antaranya potong gaji dan meletakkan nama di laman web rasmi Parlimen, ini sungguh memalukan. Apa sebenarnya kehendak Parlimen dalam isu ini?” soal beliau ketika perbahasan Belanjawan di peringkat jawatankuasa.
Pada Sabtu, media melaporkan nama-nama ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau 'ponteng' sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan Parlimen mereka maklum perkara tersebut.
Johari berkata, ia antara beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi serta kawasan Parlimen yang diwakili.
Mengulas lanjut, Ronald memaklumkan, isu kehadiran perlu dibuat dan dibincangkan secara terperinci dan tidak boleh dilaksana secara bersendirian oleh Speaker.
Tambah beliau, masalah kehadiran merupakan isu lama yang berlaku sejak dahulu lagi.
“Isu kehadiran ini berlaku sejak saya masuk Parlimen 23 tahun dahulu tetapi ia tidak diperbesarkan kerana tiada menteri yang boleh hadir persidangan setiap masa.
“Mereka ada tugasan di luar sana. Mahu lihat kesemua 222 ahli dewan? Ini tidak akan berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, Ronald berkata, beliau setuju untuk ahli Parlimen hadir ke persidangan.
Sementara itu, Johari turut memberi maklum balas terhadap isu berkenaan dan menafikan bahawa cadangan itu berniat untuk memalukan ahli Parlimen.
Beliau menjelaskan, cadangan memaparkan senarai nama wakil rakyat yang tidak hadir persidangan masih belum dimuktamadkan
“Perkataan memalukan itu salah, saya tidak pernah berniat untuk memalukan. Kedua, ahli Parlimen ada komitmen-komitmen lain tidak semestinya mereka pasti ada di sini, baca laporan itu betul-betul.
“Namun begitu, apa sahaja cadangan akan dibawa ke jawatankuasa peraturan mesyuarat saya jelas dengan perkara berkenaan. Saya tidak ada kuasa berdebat,” katanya tanpa mengulas lanjut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 06 2023
Ronald berkata, cadangan tersebut merupakan satu tindakan yang memalukan dan tidak muhasabah kerana akan menyebabkan imej dan reputasi ahli Parlimen buruk pada mata rakyat. - Gambar/ Sinar Harian
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.